2011-02-17

si pemalas.

Tersebut alkisah pada suatu ketika dahulu terdiri sebuah negeri di mana semua rakyatnya amat rajin.
Suatu hari rajanya membuat pengumuman kerana mahu mencari seorang dari rakyatnya yang paling pemalas kerana beliau tidak pernah melihat orang malas ini bagaimana orangnya.

Lalu tampil 3 orang lelaki menghadap si raja. Masing-masing mengaku bahawasanya dia orang paling malas dalam negeri.

Lelaki A : Hambalah orang yang paling pemalas , tuanku.

RAJA : Bagaimana tahap malas tuan hamba ?

Lelaki A : Jika hamba mahu makan ada orang yang akan menyuapkan hamba.

Kemudian Lelaki B berkata..

Lelaki B : Hamba lagi malas daripada A , tuanku.

RAJA : Kemalasan tuan hamba bagaimana pula ?

Lelaki B : Kalau hamba mahu makan ada orang yang akan tolong kunyahkan,tuanku.

Lelaki C pula dengan muka bersahaja berkata...

LAKI C : Sebenarnya hambalah orang yang paling malas sekali , wahai tuanku.

RAJA : Lagi malas dari mereka ? bagaimana pula malasnya itu ?

LAKI C : Hamba nak cerita pun MALAS.

No comments:

Post a Comment