2011-02-18

on jiwang.

ada hati,hati terluka,
terbit tangisan di hujung mata,
derita lantas meruntun jiwa,
ada jiwa tiada bernyawa.

hati ini sedih sekali,
sedih derita silih berganti,
mahu sahaja membawa diri,
mengorak langkah mula berlari.

moga luka boleh diubati,
moga jiwa hidup kembali,
moga hati ini tidak mati,
moga derita berlalu pergi.

siapa sangka siapa duga,
bahagia dicari derita yang tiba,
memang muka hanya bersahaja,
namun taufan ada di dlm jiwa.

- dimuntahkan oleh si pemalas -

2 comments:

  1. bro! tulis sendiri ke kopi-pes? kalo tulis sendiri aku nak puji ni..ahaks~

    ReplyDelete
  2. tulis sendiri.tp dapat inspirasi dari internet sikit2.

    ReplyDelete