tapikan.cube kita pikirkan
satu perjalanan byk haluan
ke barat timur utara selatan
kalau berjalan biarlah bertujuan
tanpa tujuan pasti sesat jalan
jalan kebaikan jalan kejahatan
pilihlah timbanglah berilah alasan
dibandar dikampung atau dlm hutan
penipu perogol pencuri perompak pembunuh baik laki atau perempuan
doktor kerani pekerja engineer arkitek akauntan mahupun usahawan
semua kerja-kerja yg dijadikan pilihan
jalan kebaikan jalan kejahatan.
pilihlah berdosa atau beriman
yang alim ataupun yang syaitan
hidup bahagia atau tak keruan
jgn minda ini kau kurungkan
jgn hati ini kau patahkan
jgn jiwa ini kau hancurkan
jgn roh ini dibiar beterbangan
ikatlah ak wahai teman
ikatlah ak wahai rakan
ikatlah ak wahai kawan
ikatlah ak wahai pasangan
dimana jalan dimana batasan
dimana sungai dimana empangan
dimana igauan dimana harapan
dimana cita-cita dimana angan-angan
tinggal si pemalas keseorangan
hancur hati xnampak di badan
hingga kini jadi kenangan
kala mimpi-mimpiku di awangan
- dimuntahkan oleh si pemalas -
kadang kadang aku suka pilih jalan yg gelap dan banyak dugaan. kerana aku akhirnya akan dapat kemenangan dengan cabaran itu.
ReplyDeletekenapa kau perlu berseorangan, carilah satu kegembiraan yg boleh membawa kau seribu kebahagiaan. kebahagiaan tu ada terperosok. kau yang tak nak cari.
puisi ni indah ok, teruskan lagi. :)
jalan gelap byk dugaan
ReplyDeletejalan terang tiada halangan
mana satu jalan kebahagiaan
mana satu jalan kegembiraan
kebahagiaan terperosok tak ku tercari
pabila ku memikirkan siapalah diri ini
=D well said.
ReplyDeletecantik
aku lebih gemar memilih jalan yg gelap itu kerana aku tahu kelak aku akan temui jalan yg terang. yg akan membawa kebahagiaan. jalan gelap ada pahit manisnya. ada cabaran.
ReplyDeletekau sebagai manusia ada hak di atas muka bumi ni. jgn terlalu merasa rendah diri. kau akan terus diselaputi rasa kegelapan itu jika kau tak nak berubah. cari, cari, dan terus cari. pasti kau akan temui kebahagiaan itu.
berbunga-bunga hati bila baca entry ni..hehee..
ReplyDelete@si nuansa
ReplyDeletentahlah.mungkin hati sudah lali.
mungkin tiada yang sudi.
mungkin ak lebih sesuai menyendiri.
mungkin juga suatu hari nanti.
@inn rizny
terima kasih.sy terharu dpt membunga-bungakan hati awak.moga2 bunga2 tu mekar selalu.